Sunday, November 8, 2009

Sweet Child O Mine


Sweet kan kan? Ha...cakap takmo percaya. hahaha. Mana aku? Mesti semua tak dapat carik. Kalau besarkan sikit nampaklah. Tu yang duduk dua dari kiri. Masa ni darjah 5. Nama kelas, 5 Anggerik. Masa tahun 2001, 11 tahun lah kiranya. ehehe...


Yang ni pulak masa darjah 6. Kelas Anggerik jugak. Masa ni kelas Anggerik ni kira kelas paling pandai lah. Budak semua top top student je. Masa ni lah aku dapat nombor second last masa exam. Gila cipta rekod budak paling bengap dalam kelas ni. ahaha. Lepastu bila mak datang nak ambil report card, aku rasa sedih sangat macam dah malukan mak. Lepastu, mak rilek je balik dari ambil report card, siap boleh bawak aku pergi makan KFC. Mak tak marah pun, tak malu pun dapat anak bengap dan berhingus macam aku. huhu (aku yang duduk 3 dari kiri)

Kenangan SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG. Aku masuk sekolah ni masa darjah 4 sampai la habis darjah 6. Sebab aku merengek dengan mak ayah. Nak pindah sekolah dari SEKOLAH ISLAM AL-AMIN BANGI. Sebab cikgu MATH dia suruh baca sifir masa kelas. Dan aku tak hafal sifir. Gila MANJA + MENGADE! Sampai sekarang aku tak hafal sifir. Tak pe, boleh guna calculator. hehehe.

Ingat lagi, masa mula mula masuk sekolah ni, masuk kelas 4 Anggerik masa tu dah tengah tahun dah, Cikgu Rashidah suruh duduk sebelah budak laki. Punyalah aku tak nak, lepastu menangis. Gila CEMBENG! Kan dah kena cop cembeng dengan cikgu tu. Sampai sekarang cikgu tu ingat aku. Yelah dari darjah 1 aku sekolah ISLAM al-amin bangi. Lelaki dengan perempuan sentiasa di asingkan. Kira nak bergaul dengan laki ni susah sikitlah. BUAT MALU JE NANGIS MASA 1ST DAY TUKAR SEKOLAH.

hmmm... Memang banyak kenangan. Tapi, masa sekolah rendah dulu, memang aku SANGAT PASIF. Kawan pun tak banyak. Nak kawan dengan laki, lagilah susah.

Sekarang? Tak delah pasif mana. Memekak je tahu. Tapi kalau orang baru kenal, memang SANGATLAH PEMALU +PENDIAM.///hihi... puyus jungus je puji diri sendiri.! jangan maree...

Like Hell!

Wuarghhh....! Baru lepas paper BASIC SOLID MECHANICS. Apsal la susah sangat? Nak kata tak study, dah study dah. Nak kata tak cukup study, dah terlebih-lebih sampai lewat malam. Nak kata tak paham, macam paham. Nak kata tak baca doa, dengan puh kiri puh kanan sekali aku dah buat. Ades. Takutnyee... Nightmare lah.

Tak cukup masa. Damn! I wish I will pass the paper. Tak nak repeat apa apa pun paper. TAK NAK!

Isk... Tak pe lah. Aku dah usaha. Sekarang, tinggal redha je lah. Yang dah sudah tu sudahlah cahh..

Next paper! CSC! Lepas tu.... BALIKKKKK~~~

Friday, November 6, 2009

menggeletaQ gelegaQ

Semenjak dua menjak ni rasa tak selamat, rasa takut je duduk rumah sewa ni. Nak nak bila lewat malam. Ntah apsal ntah. Tadi baru je ada 2 orang lelaki bagi salam sambil ketuk pintu. (Dengar suara dengan derap kaki macam 2 orang lelaki) Tak tahu lah siapa datang ketuk rumah anak dara pukul 12.30 malam ni. Bagi salam sekali je pulok tu. Mak Jiyah kata kalau orang datang bagi salam 3 kali baru buka pintu. Nak nak malam malam buta macam ni.

Takutkan? Scary kan? hehehe. Tak tahulah kitorang je yang penakut lebih kan. Tapi, budak rumah ni memang agak penakut jugaklah. Bila dengar suara orang bagi salam atau ketuk pintu rumah ni, masing masing lari nak masuk bilik. Nak nak suara yang bagi salam tu lelaki. Semua tak nak jawab atau buka pintu tu.

Rumah kitorang ni tingkat palaing atas, paling hujung, paling terpencil dari rumah yang lain. So, memang jaranglah nak dengar bunyik orang lalu lalang atau ketuk pintu. Ada jiran pun satu yang kat depan. Kat sebelah dengan yang depan lagi satu tu memang kosong.

Ades. Baru ni ada jugak sekumpulan lelaki datang bagi surat. Katanya surat untuk rekod student yang tinggal kat kawasan pangsapuri tu. Ada ke macam tu? Siap ada peraturan.

1. DILARANG BUAT BISING SELEPAS PUKUL 12 MALAM.
2. DILARANG MEMBAWA MASUK BUKAN MUHRIM DI DALAM RUMAH.
3. DILARANG MELAKUKAN KELAKUAN TIDAK SOPAN DI KAWASAN PANGSAPURI.

Tak boleh belah yang no. 1 tu. Nak bising sikit pun tak boleh ke? Kitorang ni memang suka buat huru hara, tak tidur malam. Nak nak bila time nak exam atau test. HAish. Duduk luar pun mengalahkan duduk dalam kolej. huhu....

Ni sekarang tengah taip entry dalam ketakutan. Dengar orang bising bising kat luar tu. DAH PUKUL 12.50 MLM.

Thursday, November 5, 2009

Pendeta

Sepanjang hidupku telah dihabiskan.segala masa dan usaha. kerana kamu.Sepanjang jalanan ku telah luahkan.segala kata dan kenangan.bersama kamu.Engkau siapa?dipentas samaran sang Pendeta.asyik berpura.Kau sebenarnya.sekuntum debunga Wisteria.indah nan jelita.namun racun yang berbisa.Aku keliru sejuta lagu.kerna kekasihku.Ia bukanlah namamu.Aku mengaku belakangi mu.dialah jiwaku.disinggahsana Pendeta itu.Setinggi anganku dia diciptakan.sayang fikirlah oh apakah pengertianku.Setinggi rinduku dibawa bayangan.sayang kemana fenomena ketulusanmu.
tahu tak lagu ni? best lah... cuba dengar.

Wednesday, November 4, 2009

Beralah Mengalah Kalah

Kadang kadang dalam hidup ni, kita perlu beralah. Tentu susah kan kalau hari hari asyik kita je yang terasa mengalah. Orang kata jangan mengalah sebelum kita dikalahkan. Tapi, fikir juga kalau bukan kita yang ambik inisiatif nak beralah. Siapa lagi? Dalam satu satu perkara memang memerlukan satu pihak untuk beralah.

Selalu sangat beralah, mengalah dan berasa kalah buat kita rasa macam nak makan je hati ni. Senang sikit kan. Tapi, fikir fikir balik, malaslah nak fikir. Tak payah lah susah susah nka berfikir. Biar jelah. Hidup mesti happy. Kalau pun dalam kepala ni serabut serabai macam mana teruk pun, hidup mesti diteruskan!

ChayOK! ChayOK!!!

Monday, November 2, 2009

Dugaan musim final

Penat sangat hari ni. Tensi otak ni. Serabut rasa macam nak mencarut je. hmm... Hari ni baru lepas 2 paper. Ada lagi 4 paper.
Nak hantar borang JPA tadi, banyak sangat halangannya. Dari awal lagi. Tambah yang hari ni pulak lagi golmal. Nak pergi matikan setem hasil lagi satu hal. Masa kat Pejabat Lembaga Hasil tu pulak, dapat tahu setem yang beli kat Sarah dan Yana tak boleh guna sebab dah tukar setem hasil yang baru. Setem tu dah lama.

Geramnya. Melayang RM30. Dah la masa tu tak cukup duit. Nasib baik orang dekat Pejabat Hasil tu baik. isk isk.


ni setem hasil yang tak laku tu. Ades. Sarah dengan Yana jual benda tak laku lah. Hehehe.. Tak pelah, diorang pun tak tahu. Orang tu kata, boleh nak tebus yang baru tapi ambil masa 3 ke 4 bulan baru dapat tebus tapi tu pon dalam bentuk setem tu jugak.

Setem hasil satu hal, salinan kad pengenalan penjamin pulak kena fotostat satu muka surat je, tak leh macam tu macam ni macam lah pulok. Turun tingkat 8 jalan pergi Baiduri nak fotostat. Banyak sangat dugaan. Tandatangan penjamin lagi satu hal. Nasib baik aku ni pakar dalam meniru tanda tangan. ahaha.

Esok dah la nak exam Soil. fuh.. Nak fikir pasal borang ni lagi. Nak bagi duit pun susah. Sabar jelah. PB kata, sabar.. Ini lah DUGAAN FINAL. hehehe. Thx PB. Thx Izmir bawak pergi Pejabat hasil. Thx Tira bagi pinjam duit. Thx Jiyah teman masuk pejabat hasil. ehehe.

Nasib baik ada korang. Bila dah berjauhan dari mak ayah ni, kawan kawan lah sebahagian dari kita. Tu la orang kata, kawan tu penting. Jangan jadi KAWAN MAKAN KAWAN. Jangan jadi KAWAN MASA SENANG je. Macam mana cara kita berkawan macam tu lah kita akan dapat untuk masa yang kat depan tu.

Saturday, October 31, 2009

Tak de hari yang sekenyang hari ini

Hari ni baru lepas satu paper. Paper ni tak de apa pun tapi memang agak tensi juge. Nak release tensi dan kononnya nak memenuhi mengidam diorang, kitorang pergi jalan jalan cari makan...

Mula mula pegi makan Pizza..

Sumpah kena buli dengan diorang. Sumbat semua makanan dalam mulut aku....First time keluar dengan Izmir kata mereka. Jahat! hehe

Lepas tu kami pergi main lumba lumba. I'm no2 but i'm the winner okeyh...hihi

Izmir n Pika...

alalala...

Okey, kami nak pergi makan kat tempat lain pulak....

Pergi Bukit Minyak, makan sate rusa, perut, ayam daging, nasi lemak sotong, char kuew teaw... Plaing tak tahan Izmir suruh kitorang makan sate rusa yang belum bakar lagi. Uish.. Sedap gak pe. aahahha... Tapi orang kata, bila sate tu dah diperap, kira daging tu dah separuh masak lah. Gila pakcik sate tu siap datang interview kitorang lagi macam mana rasa sate rusa mentah. hihihi. Pelik je muka orang kat situ tengok Izmir mintak 3 cucuk sate rusa mentah. apadaaa..

Nak balik, Izmir pusing round board sampai 6 kali. Tinggal nak muntah je dalam kereta dia. hehe..

Apa pun, enjoy kuar dengan korang. Perut aku dah penat bekerja ni. Dan, tak de hari yang sekenyang hari ni....

Monday, October 26, 2009

Main sayang sayang

perempuan 1: Ayg sayang abg.
lelaki 1: Abg sayang ayg.

perempuan 2 : Ayg sayang bie.
lelaki 2: Dah mamam belum?
perempuan 2: Ayg sayang bie.
lelaki 2: Bie sayang ayg jugee...

perempuan 3: Fira sayang abg.
lelaki 3: Kenapa ni? Salah hantar ke?
perempuan 3: Fira sayang abg.
lelaki 3: Apsal ni?
perempuan 3: Fira sayang abg.
lelaki 3: Abg sayang jugak.

perempuan 4: Saya sayang abg.
lelaki 4: Lepas 2?
perempuan 4: 3.
lelaki 4: Pandai pun, ingat tak sihat tadi.

perempuan 5: Ayg sayang syg.
lelaki 5: Yer..
perempuan 5:Ayg sayang syg.
lelaki 5: sayang ayg gak.

perempuan 6: Fara sayang syg.
lelaki 6: Jadual syg.... (sebelum ini lelaki 6 meminta si perempuan sms kan jadual examnya di internet)

Kenapa lah dalam 6 lelaki, hanya 1 je yang romantik dan memahami apa si perempuan nak?clueless la korang ni.ehehe.. Susah ye nak carik lelaki romantik sekarang ni. isk isk. Kadang kadang lelaki ni tak paham apa yang si perempuan nak. Si perempuan je yang beriya-iya nak melayan si lelaki sebaiknya. Tapi hakikatnya, si lelaki juga sayang pada si perempuan.

Kalau korang perempuan, cuba hantar mesej macam ni pada chenta hati korang, tengok apa respon dia?

Kalau korang lelaki pulak,
agak agak apa yang akan korang reply bila tiba tiba je dapat mesej macam ni dari awek korang? Berjaya ke korang reply mengikut skema jawapan si perempuan? haa... jawab jawab....huhu



p/s: diceritakan semula dan diadaptasi mengikut pemerhatian dan percubaan terhadap housemate2 kepada cik abe masing masing.

Sunday, October 25, 2009

kenangan sakit kaki

ni dekat camp site dia...

berjaya menuruni tangga seribu..

kaki sakit..tgn je bleh angkat..ahaha

ni la tangga kenari...seribu anak tangga yang curam gilak


belakang tu ladang strawberi.ehehe


KENANGAN TERINDAH XPDC GUNUNG JERAI...
penat tapi memang seronok. pertama kali naik gunung lah katakan....
nak naik gunung lain pulak?
lain kali lah...nak fikir dulu.ehehe

Wednesday, October 21, 2009

gunung jerai

sumpah penat gile naik gunung. tak nak naik gunung lagi. hahaha. tak percaya orang lemah gelamai macam aku ni berjaya naik gunung jerai yang dah cukup tinggi bagi aku. dari sekolah lagi pergi kem je mesti sakit. orang panggil aku budak sakit. semput. ahaha.

tapi kali ni. aku tak semput pun tau. cramp kaki je. tu pun masa sikit je lagi nak sampai puncak. hebat kan. hehe.

balik je dari kem gunung jerai tu, kami satu rumah naik tangga nak balik rumah. macam orang baru lepas bersalin. rumah tu pun dah macam rumah urut. bau minyak semerbak. ni lah akibatnya satu rumah pergi panjat gunung. nasib baik ada shila masakkan untuk kitorang. terima kasih maaakkk.... ;p

nak masukkan gambar ni. tapi tak de kat camera aku. ada kat handfon jiyah je. sebab aku tak bawak camera. nanti kalau ada masa, aku upload k.

ni dah hari ke 3 pun kaki ni sakit lagi. ades.